Tuesday 6 December 2011

PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat-enam tahun secara meneyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yangselamat,menyubur serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

No comments: