Tuesday 6 December 2011

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Pentaksiran Prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul,menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran.Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat.Dari pentaksiran ini guru akan mengambil tindakan susulan dan potensi murid dapat dikembangkan sepenuhnya dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

No comments: